MMI Organization
Advance Info, link and Support
 
 
 
 
Buy Online Covid19 Medical Income insurance Plan
BUY NOW
 
 
Buy Online For Dengue Medical Income Insurance Plan 
 
 
MMI Global Education Center Lisiting
 
Global Medical Insurance powered by Easicirle

 
Global Online Insurance Program powered by Easicirle MMI Facebook Page 
 
Global Online Insurance Program Powered By Easicirle MMI Facebook Page
https://www.facebook.com/globalonlineinsurance/
 
Global Online Insurance Program
FREE VIEW, FREE Membership
No Hidden T&C
Follow this Link
MMI Corporate Video
 
Online medical insurance marketing support

Malaysia medical insurance advice support

Malaysia Panel Private Hospitals

Emergency Call Centre Contact Info


Online Medical Assistance Support Info

Second medical opinion assist services Info
 
Malaysia prevention and wellness program

MMI Customer Service Careline

Medical Insurance Advance Training

Online Download Support

Reward and redemption loyalty program
 
 
MMI Nationwide Strategic Network

 
MMI online marketing strategic support
 
 
 
QR Code For MMI HQ Contact Info
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysia Medical Insurance Organisation (MMI) News & Events and Video for Malaysia Medical Insurance and Health Insurance information and Malaysia Insurance Latest Update

Operasi IKN 2014 (Institue Kancer Negara)

07/Aug/2013

Utusan Malaysia 07/08/2013

PUTRAJAYA 7 Ogos - Institut Kanser Negara (IKN) dijangka beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bangunan IKN yang terletak berhampiran Hospital Putrajaya di Presint 7 di sini bernilai RM709 juta akan dilengkapi peralatan komprehensif, canggih dan terkini dalam rawatan serta pengurusan penyakit kanser.

"Penubuhan IKN dapat menampung bilangan pesakit kanser yang semakin bertambah di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan dan rawatan kanser yang menyeluruh dan terbaik di negara ini.

"Selain itu, IKN akan menjadi pusat rujukan dan pusat kecemerlangan bagi rawatan dan penyelidikan berkaitan kanser di Malaysia dan rantau ini," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata dianggarkan 40,000 kes kanser baharu dikesan setiap tahun.

Dr. Noor Hisham berkata, kanser payudara merupakan pembunuh utama wanita di Malaysia manakala bagi golongan lelaki, kanser paru-paru.

Pembinaan IKN merupakan cetusan idea Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 yang meninggal dunia akibat kanser payudara setahun kemudian.

Dr. Noor Hisham berkata, IKN yang mempunyai 252 katil akan dilengkapi enam 'radiotherapy bunker', empat bilik pembedahan, 28 bilik rawatan radioterapi iodin untuk kanser tiroid dan unit rawatan harian kemoterapi.

Selain itu, IKN juga akan dilengkapi mesin radioterapi moden dan terkini yang bernilai antara RM18 juta hingga RM22 juta (bergantung kepada spesifikasi).

Beliau berkata, perkhidmatan yang bakal disediakan di IKN termasuk onkologi dan radioterapi, perubatan nuklear, pembedahan onkologi, rawatan paliatif dan khidmat rawatan harian yang komprehensif.

"Kita juga akan mempertimbang menyediakan perkhidmatan akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina (TCM) sebagai rawatan paliatif untuk mengurangkan atau mengawal kesakitan pesakit kanser," katanya.

IKN yang dibangunkan Jabatan Kerja Raya menggunakan teknologi pintar Maklumat Pemodelan Bangunan dijangka siap dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada September ini.

Beliau berkata, persiapan memulakan perkhidmatan di IKN termasuk penyelarasan pentadbiran dan operasi, pemasangan peralatan dan penempatan petugas akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat bulan.

"Pada masa sama, kita akan mula dengan perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan akan dibuka secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun depan," katanya.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, kerajaan sedang mengambil langkah untuk menambah bilangan ahli onkologi daripada 37 orang kepada 100 orang bagi memenuhi nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 1:250,000 berbanding 1:750,000 di negara ini.

Katanya, kerajaan akan menggunakan khidmat pakar kanser dari luar negara untuk menghadapi kekurangan doktor pakar dalam bidang onkologi.

"Kerjasama padu IKN dan Victorian Comprehensive Cancer Centre dari segi perkhidmatan, pelaksanaan, penyelidikan dan latihan akan dimantapkan untuk melahirkan lebih ramai pakar kanser di negara ini," katanya. - BERNAMA

Back